Ucapan Penasihat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, serta semua sahabat yang dirahmati sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT atas kurniaan nikmatNya yang tak terhingga. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkanucapan terima kasih kepada pimpinan tertinggi Pertubuhan Kebajikan Tolabah ataskepercayaan kepada saya untuk sama-sama berkhidmat memberi sumbangan kepadamasyarakat, khususnya kepada anak-anak asnaf di Selangor.

Pendidikan merupakan aset yang amat penting kepada seseorang, lebih-lebih lagidalam konteks untuk membangunkan masyarakat dan negara. Saya percaya bahawapendidikan adalah kunci utama dalam mengubah kehidupan seseorang serta mencorakkanmasa depan mereka yang lebih cemerlang.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, masih ramai dalam kalangan anak-anak kitayang menghadapi kekangan untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Kesukaran darisegi kewangan, kekurangan sumber pembelajaran, dan pelbagai cabaran lain sering menjadipenghalang kepada mereka untuk mencapai kejayaan. Justeru itu, kehadiran PertubuhanKebajikan Tolabah sebagai platform untuk membantu anak-anak asnaf di Selangor khususnyaperlu disambut oleh semua pihak.

Keprihatinan dan sokongan daripada masyarakat amatlah penting dalammerealisasikan visi dan misi pertubuhan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak, termasuk individu, syarikat korporat, dan badan-badan kebajikan lain, agar bersama-samakita menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk demi kelangsungan pendidikan anak-anakbangsa kita. Setiap murid, tanpa mengira latar belakang mereka, berhak mendapat akseskepada ilmu yang boleh membawa mereka ke mercu kejayaan. Kita tidak boleh membiarkanmana-mana individu tercicir daripada mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kejayaanmereka bukan sahaja akan membanggakan keluarga dan masyarakat, malah menjadi asetpenting kepada pembangunan negara.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyemai semangat memberi dan membantusesama insan. Dengan adanya semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam membantumereka yang memerlukan, kita dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih prihatin dan penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terimakasih kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan, penderma, dan semua yang telahmenyumbang kepada kejayaan usaha murni ini. Teruskanlah usaha kita dalam menyebarkankebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. Bersama-sama kita membina masa depanyang lebih cerah untuk generasi akan datang.

Sekian.

“PRIHATIN & AMANAH”

Tan Sri Dato’ Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Tolabah.