Bersama TOLABAH, kita bina harapan!

Membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang sempurna. Melalui pelbagai usaha, kami berusaha membantu murid-murid yang kurang berkemampuan mendapat peluang pendidikan yang terbaik.

TOLABAH SEDERAP BERMULA

Sejarah Penubuhan Tolabah.

TOLABAH ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang diasaskan oleh sekumpulan pendidik dan profesional berpengalaman. Nama TOLABAH diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud murid/pelajar. Matlamat utama kami adalah membantu anak-anak ASNAF dan golongan kurang berkemampuan—dari sekolah rendah, menengah sehinggalah institusi pengajian tinggi—agar mereka mendapat pendidikan dengan lebih sempurna.

Aktiviti pertubuhan kami berpusat di Selangor,  meliputi 10 daerah Pejabat Pendidikan Daerah di Selangor, iaitu :-

  1. PPD Petaling Perdana
  2. PPD Petaling Utama
  3. PPD Gombak
  4. PPD Hulu Langat
  5. PPD Hulu Selangor
  6. PPD Klang
  7. PPD Kuala Langat
  8. PPD Kuala Selangor
  9. PPD Sabak Bernam
  10. PPD Sepang
MISI

Menyokong murid yang kurang berkemampuan melalui bantuan kewangan, pakej makanan asas, program motivasi, serta pengiktirafan untuk kecemerlangan akademik.

VISI

Membina komuniti dimana setiap murid mempunyai akses kepada peluang pendidikan yang saksama.

4 Matlamat Utama TOLABAH

Meringankan beban kewangan

Membantu menampung yuran persekolahan/pengajian murid-murid sekolah rendah, menengah dan institusi pendidikan tinggi yang kurang berkemampuan

Menyumbangkan pakej makanan asas

Memberi bantuan keperluan makanan kepada keluarga murid-murid yang memerlukan.

Insentif/Keperluan Akademik

Menyediakan sumbangan untuk murid-murid cemerlang dalam bidang pelajaran.

Khidmat Motivasi & Tuisyen Percuma

Menganjurkan program motivasi atau kelas tambahan secara percuma untuk murid-murid yang memerlukan, dari semua peringkat.

Artikel dan Aktiviti Terkini

Bagaimana Anda Boleh Bersama?

Sumbangan Kewangan

Setiap ringgit yang anda dermakan akan digunakan sepenuhnya untuk menampung keperluan anak-anak ASNAF.

Bersama TOLABAH, kita bina harapan.

Jadilah sebahagian daripada usaha murni ini, semoga apa jua sumbangan daripada anda diterima sebagai ibadah dan dirahmati Allah SWT.