Program santuni anak-anak asnaf seterusnya telah diadakan di SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM. Majlis yang berlangsung turut dihadiri oleh Penasihat Pertubuhan TOLABAH, iaitu Tan Sri Dato’ Seri Panglima Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani.
Majlis bermula pada jam 10 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua SMK Seksyen 18. Seterusnya ucapan daripada Penasihat Pertubuhan TOLABAH. Sumbangan wang tunai telah diberikan kepada 35 murid pada majlis kali ini.
Majlis diakhiri dengan sumbangan cenderahati daripada pihak sekolah kepada Pertubuhan TOLABAH.